Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masing Dakwa Ekonomi Dayak Disekat & Didiskriminasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masing Dakwa Ekonomi Dayak Disekat & Didiskriminasi


Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Masing sekali lagi menyalahkan pihak tertentu sebagai punca kegagalan kaum Dayak untuk bersaing dengan kaum lain, khususnya dalam bidang ekonomi.

Beliau mendakwa terdapat diskriminasi untuk menyekat kedudukan ekonomi kaum terbesar di negeri Sarawak itu sejak sekian lama.

“Orang-orang Dayak, kumpulan Orang Asal terbesar di Sarawak, telah lama didiskriminasi, bahkan sehingga mereka tidak mempunyai kedudukan ekonomi untuk bankrup,” katanya dipetik Free Malaysia Today (FMT).

Menurut laporan eksklusif FMT, Masing mendakwa beberapa pihak yang takut kehilangan kuasa telah menafikan peluang Dayak untuk menjadi bebas dari segi kewangan.

"Dengan hanya meletakkan sedikit peluang, kerana terdapat unsur diskriminasi terhadap kami, daripada membenarkan kami (menjadi bebas), masyarakat Dayak bahkan tidak mempunyai peluang untuk bangkrut.

"Mereka memiliki sedikit perniagaan, dan beberapa peluang perniagaan juga telah diberikan kepada mereka.

"Itulah sebabnya kemiskinan telah menjadi masalah utama kita," katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), berkata jika masalah ini tidak diperbetulkan, orang Dayak akan "tunduk kepada politik wang" yang diamalkan oleh pihak yang memasukkan wang ke dalam poket mereka.

Masing bagaimana pun menjelaskan, penyelesaian terbaik untuk masalah ini adalah "Pendidikan."

Menurutnya pendidikan bagi masyarakat Dayak hanya dapat dipertingkatkan jika sekolah di negeri ini, khususnya di kawasan luar bandar, dilengkapi dengan pengajar yang memahami masyarakat di Sarawak.

Menerusi laporan terdahulu, Masing turut mendedahkan terdapat usaha berterusan komuniti tertentu selama beberapa dekad untuk memecahbelahkan orang Dayak bagi memastikan komuniti mereka kekal berkuasa. - Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uUqmbA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.