MBM Jual 5,913 Kenderaan Mercedes
MERCEDES-BENZ : Malaysia Sdn Bhd (MBM) mengukuhkan kedudukan dalam prestasi baik dengan mencatatkan menjual 5,913 kenderaan dan menyelenggarakan 61,850 kenderaan bagi separuh pertama 2017.
Penguasaan pasaran jenama itu sebanyak 2.2 peratus pada Mei lalu.
Selain pencapaian jualan positif, MBM percaya peningkatan jualan mendorong kepada peningkatan perkhidmatan selepas jualan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner berkata, perkembangan positif syarikat itu didorong oleh kepercayaan pelanggan terhadap jenamanya.
"Kami mencatatkan prestasi yang membanggakan pada separuh pertama tahun ini didorong strategi komprehensif pelanggan.
"Dengan momentum yang baik pada suku kedua tahun ini dan pengeluaran tempatan bagi Mercedes-Benz Malaysia dijangka akan terus mencatatkan rekod pada tahun ini," katanya.
Prestasi yang menggalakkan pada separuh masa pertama tahun itu, didorong oleh pengeluaran tempatan kenderaan Mercedes-Benz C-, E-, dan S-Class, (3,663 unit) Mercedes-Benz C-Class (2,075), E-Class (1,358) dan S-Class 230 unit.
MBM turut melancarkan lima pengedar iaitu Mercedes-Benz Hap Seng Kuching, Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Cheras; Mercedes-Benz Hap Seng Bukit Tinggi dan Mercedes-Benz Mofaz Kota Bahru serta Kuala Terengganu.
Sehingga kini, MBM mempunyai 31 pengedar di seluruh negara. - Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAjrDV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment