Hi! Welcome Back and Stay Tune! MCMC Ambil Tindakan 1500 Akaun Palsu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MCMC Ambil Tindakan 1500 Akaun Palsu



BERA - Sebanyak 1,500 akaun media sosial palsu dikenal pasti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang telah disalahguna pihak atau individu tertentu bagi penyebaran maklumat dan berita palsu termasuk bertujuan melakukan serangan politik.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Facebook, Twitter dan Instagram untuk memadamkan semua akaun berkenaan.


Menurutnya, tindakan segera akan diambil kepada pihak atau individu terbabit supaya penyebaran maklumat atau berita palsu ini dapat disekat.

"Dari Januari sehingga Jun 2017, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menerima aduan awam mengenai hampir 1,500 akaun palsu di platform-platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya, yang digunakan untuk pelbagai tujuan negatif termasuklah untuk penyebaran berita dan kandungan palsu.

"Selain membuat pemadaman, siasatan lanjut akan dilakukan bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang termasuk pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bera di Dewan Kompleks Rakan Muda, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Bera yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri Sumbet Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib; Exco Jawatankuasa Pembangunana Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Pahang, Datuk Shahaniza Samsudin; Timbalan Umno Bahagian Bera, Datuk Mohd Fadil Osman dan Naib Ketua Bahagian Bera, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Dr. Salleh yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, penggunaan akaun palsu oleh pihak atau individu tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mahu mengelirukan rakyat untuk kepentingan mereka sendiri terutamanya yang membabitkan agenda politik.

"Sekarang ini banyak fitnah, banyak fakta palsu yang disebarkan mereka. Kita di kementerian menjalankan tanggungjawab mengikut undang-undang.

"Kita akan ambil tindakan kepada pemilik akaun palsu yang ada di negara kita sekarang... kerana mereka pondan bukan berani, mereka guna akaun palsu untuk tembak kita (Umno) kalau berani silakan bersaing dalam pilihanraya tapi mereka itu pengecut, mereka mengunakan akuan palsu, nama-nama samaran," kata beliau.

Katanya, semua ahli Umno harus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain serta menjadikan perjuangan Umno sebagai pegangan untuk mencapai matlamat demi kepentingan orang Melayu dan bumiputera, di samping memastikan keamanan dan kestabilan negara.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0snAO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.