Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengejutkan: Bagaimanakah situasi hubungan Semenanjung - Sarawak sebenarnya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengejutkan: Bagaimanakah situasi hubungan Semenanjung - Sarawak sebenarnya?

Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963
 Julai 01, 2017 22:13 MYT
Sarawak hantar peguam ke London cari rujukan Perjanjian Malaysia 1963
Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. -Gambar fail
SIBU: Sarawak menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) bagi menentukan hak-hak sebenar negeri ini yang termaktub di bawah perjanjian tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan peguam berkenaan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

"Memang kita teruskan usaha Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem) untuk medapatkan hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Sebab itu kita hantar Sharifah Hasidah dan kumpulan peguam ke London untuk melihat dan mencari rujukan," katanya.

Berucap pada majlis ramah tamah Hari Raya Aidilfitri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini malam tadi, Abang Johari bagaimanapun tidak menyatakan bila dan tempoh masa pasukan berkenaan berada di London.

"Perjanjian ini bukan sebarang perjanjian, kita mahu dapat fakta-fakta yang betul. Sebab apabila kita hendak menuntut hak, kita mesti buat 'homework', kalau tidak, kita tembak (tuntut) sebarangan, susah,"jelas beliau.

Pada masa sama, kajian yang betul perlu dibuat dan melihat mana-mana peruntukan yang harus dipertahankan, katanya. - sumber

* Memanglah hak Sarawak untuk merujuk kembali fakta perjanjian 1963. Tapi kenapa sekarang baru timbul isu ini sesudah 54 tahun?


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ubHXeH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.