Mi 6 Disenaraikan Pada Harga RM1899, Mi Max 2 Pada Harga RM1199
Xiaomi hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan Mi 6 dan Mi Max 2 untuk pasaran Malaysia, dan mengambil pra-tempahan bermula minggu hadapan. Lanjutan daripadanya, kini ia dilihat kedua-dua peranti berkenaan telah pun disenaraikan pada laman jualan Lazada.
Xiaomi Mi 6 merupakan peranti utama Xiaomi untuk 2017 ini, dimana ia hadir dengan skrin 5.15-inci, cip pemprosesan Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan dwi-kamera 12+12 megapixel di belakang, dan kamera selfie 8-megapixel.
Xiaomi Mi Max 2 pula merupakan telefon pintar berskrin besar, iaitu dengan skrin 6.44-inci, menggunakan cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, storan 64GB, kamera belakang 12-megapixel, dan kamera selfie 5-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri berkapasiti 5300mAh.
Di Malaysia, melalui laman Lazada, Mi 6 disenaraikan pada harga RM1899, dan Mi Max 2 pula pada harga RM1199. Seperti biasa, memandangkan terdapat beberapa hari lagi, maka terdapat kemungkinan untuk harga jualan tempatannya berubah.
Apa pun, pada harga ini, semestinya ia akan menarik minat ramai pengguna untuk mendapatkannya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v4CUiO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment