Hi! Welcome Back and Stay Tune! Motorola E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Motorola E4 Plus Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh Turut Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Nampaknya kini pihak Lenovo Mobile benar-benar memfokuskan kembali pasaran Malaysia dengan memperkenalkan semua siri Moto untuk pasaran tempatan. Bersama-sama pengenalan Moto Z2 Play dan juga Moto C, mereka turut mengambil peluang memperkenalkan siri peranti dibawah Moto E.

Dua peranti ditawarkan dibawah Moto E, iaitu Moto E dan juga Moto E Plus.

Moto E4

Moto E4 menggunakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel, selain bateri berkapasiti 2800mAh.

Moto E4 Plus pula menawarkan skrin sedikit besar pada saiz 5.5-inci, dilengkapi cip MediaTek MT6737, memori 3GB RAM, storan 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, serta pengimbas cap jari yang diletakkan dihadapan. Menariknya mengenai Moto E4 Plus adalah baterinya bersaiz besar, iaitu berkapasiti 5000mAh.

Berbeza dengan pasaran lain, di Malaysia, siri Moto E4 hadir dengan cip Mediatek dan bukannya Snapdragon.

Di Malaysia, Moto E4 ditawarkan pada harga RM639, sementara Moto E4 Plus pula ditawarkan pada harga RM799.

Moto E4



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uMR98x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.