Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Lancar MRT SBK Fasa 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Lancar MRT SBK Fasa 2


KUALA LUMPUR: Tren Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa kedua dilancarkan di stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) di sini, hari ini.

Pelancaran projek infrastruktur pengangkutan awam bertaraf dunia itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib turut menandatangani plak sebagai simbolik majlis berkenaan.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut kelihatan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.

Selesai pelancaran itu, Najib bersama kenamaan lain dibawa menaiki tren MRT menuju stesen Kajang bagi menghadiri pelancaran stesen MRT Kajang.

Di stesen berkenaan, Perdana Menteri dijadual menyempurnakan majlis penyerahan kad MyRapid kepada 20 penerima mewakili 100 penerima keseluruhannya, merangkumi kumpulan keluarga berpendapatan rendah (B40).-Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t6lkY3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.