Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parti Sendiri Penuh Skandal Lagi Mahu Soal Hal Yang Sudah Dijawab? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parti Sendiri Penuh Skandal Lagi Mahu Soal Hal Yang Sudah Dijawab?



Seperti yang dijangkakan, sidang Parlimen kali ini pasti akan digunakan oleh pembangkang untuk membangkitkan isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan rakyat. Mereka akan menggunakan sidan Parlimen ini untuk membangkitkan isu-isu seperti 1MDB mahupun DoJ hanya untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Selain itu, mereka juga berharap dapat mencari satu titik kesilapan supaya mereka mudah mencipta isu selain daripada cuba memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan khususnya.

Terbaru, Lim Guan Eng bersama-sama beberapa orang lagi Ahli Parlimen dari DAP cuba bertanyakan ulasan Perdana Menteri berhubung beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) kononnya pihak mereka akan mengambil tindakan keatas beberapa aset 1MDB di Amerika.

Apa yang melucukan adalah, kes ini telah dijawab dengan terang oleh Perdana Menteri dan ramai pihak. Mungkin bagi mereka, dengan mengadakan siri sidang media dan kenyataan, ianya sudah cukup membuktikan Datuk Seri Mohd Najib bersalah. Walhal, dalam sistem perundangan, seseorang itu hanya didapati bersalah sekiranya mahkamah membuktikannya dia bersalah.

Persoalannya kini, sejak bila kes berkenaan difailkan oleh DoJ kepada mana-mana mahkamah di Amerika mahupun diserata dunia? Hari ini, DoJ tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes ini. Kenapa ianya boleh jadi demikian? Adakah DoJ tidak mempunyai apa-apa bukti selain dari mengadakan siri kenyataan media semata-mata?

Dalam hal ini, ingin ditanyakan kepada DAP, bagaimana pula kes yang membabitkan PO1, Lim Guan Eng yang kini sedang berhadapan dengan deretan kes mahkamah yang difailkan oleh ramai pihak? Kenapa PO1 ini tidak mahu mengulas akan deretan kes yang menghantui dirinya?

Sebenarnya, DAP tidak layak untuk mempersoalkan kes orang lain hanya bersandarkan kepada kekebalan mereka sebagai Ahli Parlimen. Tidak kira siapa pun, DAP sebenarnya adalah sebuah parti yang penuh dengan skandal tetapi cuba disembunyikan oleh semua pemimpin mereka termasuk Lim Kit Siang.

Lihat sahaja bagaimana DAP menunjukkan keegoan mereka yang enggan mengadakan pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP. Adakah itu menunjukkan parti itu cukup telus? Lebih baik perbetulkan parti sendiri dari cuba menujuk jaguh dimata masyarakat.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyjXSj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.