Pasaran Saham Asia: Nikkei Ditutup 0.52% Lebih Tinggi
Pasaran saham Asia bergerak stabil pada Rabu di mana US dolar mengekalkan pengukuhan sejak Selasa sementara menunggu penetapan polisi Federal Reserve pada Khamis.
Federal Reserve dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah dari 1.25% dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hari.
“Pasaran saham umumnya melihat bank pusat tidak terlalu terburu-buru dalam normalisasi polisi monetari,” kata Masahiro Ichikawa ketua strategi pelaburan di Sumitomo Mitsui Asset Management.
Ketika ini pasaran hadapan hanya menunjukkan 8% potensi kenaikan kadar pada mesyuarat Fed kali ini dengan 48% pada Disember.
Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun tidak banyak berubah dalam sesi dagangan hari ini dan disokong oleh kenaikan S&P 500 ke rekod tertinggi baru.
Pasaran saham Australia merekod kenaikan 0.87% selepas data inflasi yang dikeluarkan pagi tadi masih lagi berada di paras rendah dan mengekalkan jangkaan pengekalan kadar faedah lebih lama.
Di Jepun, Nikkei naik 0.52% selepas pengukuhan US dolar sejak Selasa.
Indeks Shanghai Komposit di China pula naik 0.10% setakat pukul 2.58 pm.
KOSPI di korea Selatan susut 0.22% dalam penutupan sebentar tadi.
Manakala di Asia Tenggara, Indeks PSEi di Filipina mengaut keuntungan paling banyak sehingga 1.09% berbanding IDX di Indonesia hanya naik 0.06% setakat pukul 3.00 pm.
The post Pasaran Saham Asia: Nikkei Ditutup 0.52% Lebih Tinggi appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vIlg2y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment