Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pegang, Tidur Dengan Anjing Lambang Islam 'Maju' - Ku Seman. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pegang, Tidur Dengan Anjing Lambang Islam 'Maju' - Ku Seman.


Masyarakat Islam di negara ini agak gempar dengan pendedahan seorang wanita ini, Nurhanizah Abdul Rahman yang memuatnaik videonya memeluk dan memeliara anjing yang di beri nama Bubu.

Pelbagai reaksi yang di tampilkan malahan Mufti turut mengulas tentang hal ini.

Menarik untuk di kongsikan ialah apa yang di ulas oleh Ku Seman Ku Hussien, seorang bekas pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau secara menyindir berkata orang islam yang suka tidur dan memelihara anjing seperti mahu mengambarkan kepada masyarakat Islam adalah agama yang "maju" dan "moden".

Menurutnya lagi, mereka yang "kolot" tidak perlu memberi reaksi berlebihan tentang perbuatan mereka yang "maju" itu.

“Nanti bertambah terserlah pula kekolotan kita kepada mereka, sebaliknya kita alu-alukan supaya mereka terus maju bersama-sama anjing seperti yang mereka mahu tetapi (kenyataan) ini bukanlah “menganjingkan” (kerana) ini ikhlas.

“Tidak perlu (juga) menggunakan hujah agama dengan puak-puak ini (kerana) kita pun tidak tahu benarkah yang memegang anjing itu Islam, bukan susah sangat pun untuk dipakaikan tudung bagi menunjukkan Islam.

“Mungkin lepas ini ada pula yang pakai serban atau jubah yang peluk babi, tidak mustahil. Nak disarungkan saja bukan susah sangat. Kita jangan terujalah itu orang Islam,” tegasnya melalui catatan di Facebook.

Katanya lagi, masyarakat kita yang islam "kolot" ini seharusnya biarkan golongan itu dengan anjing peliharaan mereka.

"jika benar mereka itu islam, jadi gila atau sakit sekiranya tidak bersama anjing mereka, biarkanlah mereka dengan keanjingan itu. Menurutnya orang waras yang gila lebih bahaya daripada anjing gila.

"Jangan tunjuk minat dengan permainan mereka. Tak perlu kita nasihat atau menghentam mereka. Dan jangan terkejut jika babi pula akan jadi binatang kesayangan mereka selepas ini."katanya berkias.

Seterusnya beliau meminta golongan ini hentikan muatnaik yang mengarut itu. Tiada apa yang nak di banggakan dengan memeluk anjing menurutnya.

"saya minta mereka yang islam "maju" itu jangalah memperagakan perbuatan mereka di media sosial seolah-olah nak mengajak orang islam lain sama dengan mereka... kalau tak cukup anjing, saya. boleh bagikan selori buat mereka.

“Mereka kena sedar, tidak semua orang berfikiran maju macam mereka dan selera memeluk atau mencium anjing. Banyak yang kolot termasuk

Seterusnya beliau meminta golongan ini hentikan muatnaik yang mengarut itu. Tiada apa yang nak di banggakan dengan memeluk anjing menurutnya.

"saya minta mereka yang islam "maju" itu jangalah memperagakan perbuatan mereka di media sosial seolah-olah nak mengajak orang islam lain sama dengan mereka... kalau tak cukup anjing, saya. boleh bagikan selori buat mereka.

“Mereka kena sedar, tidak semua orang berfikiran maju macam mereka dan selera memeluk atau mencium anjing. Banyak yang kolot termasuk saya yang termuntah hijau bila termasuk dalam restoran hidang daging anjing di Hong Kong,” katanya lagi.


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tUTAta

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.