Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelukan Terakhir Seorang Ibu. Hantar Pukul 9 Pagi, Jam 3.05 Petang Anak Dah Tak Ada... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelukan Terakhir Seorang Ibu. Hantar Pukul 9 Pagi, Jam 3.05 Petang Anak Dah Tak Ada...

Pelukan Terakhir Seorang Ibu. Hantar Pukul 9 Pagi, Jam 3.05 Petang Anak Dah Tak Ada...

Sebak dan sedih bila dengar berita-berita macam ini, mungkin takdir tetapi kemalangan yang berulang ini cukup membuatkan golongan wanita yang bekerja gelisah apabila terpaksa menyerahkan si comel kepada orang lain untuk menjaga demi mencari rezeki.

Berat hati untuk melepaskan namun ini satu ujian apabila Allah ambil semula satu pinjaman yang Dia pernah hadiahkan dan gembirakan hati ibu ayah ini. Salam takziah buat keluarga.

Aira Amira Nurul Riduan empat bulan yang juga anak kepada pasangan wartawan Sinar Harian, Nurul Riduan Nor Ashaha, 32, dan Norhafizah Che Abdullah, 27, disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam (HSA) selepas ditemui tidak sedarkan diri dengan wajah kebiruan selepas beberapa jam diberikan susu botol di rumah pengasuhnya di Seksyen 19, Shah Alam.

Menurut Nurul Riduan, kali terakhir dia melihat anaknya ketika menghantar bayi itu kepada pengasuh kira-kira 9 pagi semalam.

Katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anaknya tidak sedarkan diri ketika berada dalam buaian.

"Sejurus menerima panggilan, saya dan isteri bergegas ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 untuk melihat keadaan Aira Amira sebelum anak kami dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh yang bawa anak saya ke klinik. Doktor di sana cuba menyelamatkan anak saya, tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Jenazah Aira Amira akan dikebumikan di Felda Besout, Sungkai, Perak selepas semua proses termasuk bedah siasat selesai dijalankan.

Al-Fatihah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEbLQh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.