Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peniaga nyaris rentung, van hangus dijilat api - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peniaga nyaris rentung, van hangus dijilat api

JASIN: Seorang peniaga pasar malam nyaris rentung selepas van yang dipandu hangus dijilat api dalam kejadian di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin berhampiran persimpangan Batu Gajah pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar 8.50 pagi tadi itu menyebabkan sebuah van jenis Nissan Vanette terbakar sepenuhnya, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa Azlan Abd Talib, 40, yang dalam perjalanan dari rumahnya di Batu Gajah ke Sungai Rambai untuk mengambil stok barang perniagaannya dikejutkan dengan asap yang secara tiba-tiba menebal di bahagian enjin.

Dia kemudian memberhentikan kenderaan dipandu di lampu isyarat dan terus bergegas keluar sebelum berlaku letupan besar pada vannya selepas hanya 10 saat dia keluar dari kenderaan itu.

"Semasa tiba di lampu isyarat, saya nampak asap keluar dari kenderaan.

"Saya keluarkan dari kenderaan dan segera maklumkan kepada bomba," kata Azlan.

Dalam pada itu, ujar Azlan, meskipun sedih apabila van digunakan lebih 15 tahun untuk menjalankan perniagaan buah-buahan di pasar-pasar malam itu hangus di depan mata, namun tetap bersyukur kerana dia belum sempat mengambil stok perniagaannya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEc4LS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.