Penyanyi Rap Amerika Bela G-Dragon
Album bintang sensasi G-Dragon berjudul Kwon Ji Yong kembali mencetus kontroversi.
Reda isu tentang format album, kali ini salah satu singlenya berjudul “Intro” terpalit isu plagiat.
Lagu “Intro” GD di dakwa mirip lagu “iSpy” nyanyian penyanyi rap Amerika bernama Kyle yang dilancar April lalu. Terkait dengan kontroversi tersebut, Kyle bagaimanapun telah memberikan responnya melalui media sosial.
Ketika isu plagiat tersebut heboh sekaligus hangat diperkatakan ramai, segelintir netizen melemparkan kritikan terhadap ketua kumpulan Big Bang itu. Namun ada kalangan peminat meninggalkan komen membela GDragon
“GD tidak melakukan kesalahan”, komen salah seorang peminat.
Tidak hanya peminat, Kyle menerusi akaun Instagramnya, @superduperkyle, turut memberikan ‘like’ pada komen tersebut. Sekaligus ramai pengguna media sosial beranggapan, respon Kyle itu seolah bersetuju bahwa pelantun lagu “Untitled” itu tidak melakukan plagiat.
..
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada agensi YG Entertainment yang berkaitan isu plagiat tersebut.
“Sebenarnya ini berita palsu atau apa?” tanya seorang nettizen.
“Kita semua tahu lah, tidak ada yang peduli meskipun sudah diklarifikasi. Semua orang yang mengkritik G-Dragon itu tidak mengugat kejayaannya,” kata seorang lagi.
The post Penyanyi Rap Amerika Bela G-Dragon appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2umA99J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment