Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini

Yen melemah pada Khamis selepas Bank of Japan (BoJ) mengekalkan polisinya dengan tiada tanda-tanda rangsangan agresif monetari akan dikurangkan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.02% kepada 94.66 setakat pukul 2.39 pm. USDJPY mengukuh sebanyak 0.16% kepada 112.12 setakat ini.

Di samping mengekalkan polisi semasa, BoJ juga memberikan panduan di mana tiada perubahan di dalam pendirian mereka dalam masa terdekat. Ini dilihat bagi memberikan pasaran panduan bahawa bank pusat akan kekal dengan rangsangan agresif monetari.

“Risiko kepada ekonomi dan jangkaan harga masih lagi cenderung ke bawah,” kata bank pusat, yang menunjukkan usaha bagi mengubah persepsi orang awam bahawa risiko deflasi masih wujud.

Awal sesi hari ini juga menunjukkan imbangan dagangan (trade balance) Jepun di paras 440 billion Yen berbanding jangkaan 485 billion Yen.

AUDUSD setakat ini merekod penurunan 0.29% kepada 0.7930 setakat pukul 2.48 pm selepas mencapai paras tertinggi 0.7988.

Laporan data pekerjaan Australia pagi tadi menambah 14,000 pekerjaan baru dengan kadar pengangguran naik kepada 5.6% berbanding Mei 5.5%.

Pengukuhan data perumahan US yang dikeluarkan pada Rabu menyokong US dolar dalam sesi dagangan sebelum ini dengan permit bangunan baru yang dikeluarkan berjumlah 1.25 juta pada Jun berbanding jangkaan 1.2 juta dan 1.17 juta yang dicatat pada Mei.

Hari ini pasaran akan memberi tumpuan kepada mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang akan mengumumkan polisi semasa pukul 7.45 pm pada Khamis dan diikuti dengan sidang media pukul 8.30 pm.

The post Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uBzEeZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.