Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pergerakan Semasa Pembukaan Pasaran Ekuiti Eropah, FTSE250 Naik 0.35% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pergerakan Semasa Pembukaan Pasaran Ekuiti Eropah, FTSE250 Naik 0.35%

Pasaran saham Eropah dibuka bercampur-campur pada Rabu berikutan pasaran mengikuti perkembangan risiko geopolitik yang dicetuskan oleh Korea Utara.

Dalam pembukaan pasaran Eropah sebentar tadi, EURO STOXX 50 meleset 0.30%, di Perancis CAC 40 susut 0.05%, manakala di Jerman DAX 30 dibuka lebih tinggi 0.11%.

Pelabur dilihat berhati-hati berikutan tindakan Korea Utara pada Selasa yang menyasarkan ujian peluru berpandu ke kawasan perairan Jepun. Ujian tersebut dibuat menjelang perhimpunan negara-negara G-20 dan pada hari kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kaunter kewangan bercampur-campur dengan BNP Paribas susut 0.09% dan Sociate Generale naik 0.49% di Perancis, manakala Deutsche Bank di Jerman dan Commerzbank masing-masing untung 0.43% dan 1.45%.

Di Itali, Intesa Sanpolo dan Unicredit naik 0.23% dan 1.79%, dalam masa yang sama BBVA naik 0.04% dan Banco Santander susut 0.22% di Spanyol.

Dalam situasi berasingan, Suruhanjaya Eropah (European Commission) meluluskan bantuan 5.4 billion Euro kepada Monte Dei Paschi di Siena pada Selasa.

Saham Thyssenkrupp meningkat 1.04% selepas syarikat Jerman itu memberikan komen optimis terhadap perkembangan Tata Steel untuk menstrukturkan semula liabiliti dalam dana pencen UK, tetapi ada beberapa isu yang masih perlu diselesaikan untuk kedua-dua syarikat bergabung.

Di London FTSE 100 susut 0.035 pada pembukaan sebentar tadi dan kini naik 0.35% setakat pukul 3.46 pm.

Dalam pasaran ekuiti US, menunjukkan prestasi bercampur-campur. Pasaran hadapan DJIA (Dow Jones Industrial Average future) susut 0.05%, S&P future ketika ini naik 0.15%, manakala Nasdaq future naik 0.02% setakat pukul 3.50 pm.

The post Pergerakan Semasa Pembukaan Pasaran Ekuiti Eropah, FTSE250 Naik 0.35% appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tojNO0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.