Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat AirAsia X berpatah balik ke Brisbane - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat AirAsia X berpatah balik ke Brisbane

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia X yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Brisbane, Australia sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Gold Coast, Australia lewat Isnin.

Kejadian pada jam 10.20 malam waktu tempatan itu dipercayai berlaku akibat kerosakan enjin selepas dilanggar burung.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata penerbangan D7 207 yang membawa 345 orang penumpang dan 14 anak kapal itu selamat mendarat pada jam 11.33 malam waktu tempatan.

“Kami mengikuti setiap garis panduan bagi memastikan keselamatan penumpang, yang mana sedang diuruskan oleh kakitangan kami.

“Kami ingin memuji juruterbang dan anak kapal kami atas sikap professional mereka serta tindakan mereka yang pantas memastikan penumpang D7 207 selamat mendarat di lapangan terbang Brisbane," katanya dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan berpatah balik selepas mengalami masalah enjin dipercayai disebabkan oleh burung yang masuk ke dalam enjin pesawat, dua bangkai burung turut ditemui di atas landasan.

BACA: Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal

Ini merupakan insiden kedua baru-baru ini pesawat AirAsia X terpaksa berpatah balik disebabkan kerosakan enjin.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uEtYxs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.