Polis Bukit Aman & Kekasih Ditemui Mati Dalam Bilik
Polis Bukit Aman & Kekasih Ditemui Mati Dalam Bilik|Dua mayat dan sepucuk pistol, tetapi bagaimana turutan kematian itu berlaku masih menjadi tanda tanya kepada polis.
Dalam kejadian di Taman Cantik di Cheras itu, dua orang ditemui kaku tidak bernyawa di sebuah Bilik rumah dengan masing-masing mempunyai kesan tembakan.
Seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis yang bertugas di Bukit Aman. Dia dikatakan berkhidmat dalam pasukan siasatan khas bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mayat kedua dikenali pasti seorang wanita warga Vietnam.Setakat ini polis percaya salah seorang daripada mereka mati akibat tindakan membunuh diri selepas menembak mati pasangannya.
Mayat kedua-dua mereka ditemui pihak berkuasa kira-kira jam 11 pagi semalam. Anggota PDRM itu berusia 25 tahun manakala pasangannya berusia 20-an.
Pasangan terbabit dikatakan ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan pada kepala dan badan, selain darah yang sudah kering di lantai, .
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, berkata siasatan awal menunjukkan salah seorang yang terbunuh itu menembak mati pasangannya dan kemudian dia sendiri membunuh diri.
Sepucuk pistol jenis Styer M6 milik PDRM ditemui di tangan wanita warga asing berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kataya.
The post Polis Bukit Aman & Kekasih Ditemui Mati Dalam Bilik appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ukDRkT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment