Hi! Welcome Back and Stay Tune! Radius Suntikan Vaksin Cegah Rabies Di Perluas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Radius Suntikan Vaksin Cegah Rabies Di Perluas

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan radius suntikan vaksin anjing dan kucing bagi mencegah penularan wabak rabies di daerah Serian, Sarawak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ini berikutan satu kes baharu dikesan di Kampung Ampungan, Serian, menjadikan sehingga kini empat kes rabies dikesan di daerah berkenaan.

"Selain radius suntikan, jika ada keperluan kita akan menambah vaksin yang telah dihantar sebelum ini sebanyak 6,000 vaksin," katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) kali ke-38 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik/Labu Kubong di Chenderong Balai di sini hari ini.

Pada majlis itu, Tajuddin turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan PPK Sungai Manik/Labu Kubong berjumlah RM91,724,03 oleh pengerusinya, Suib Sulaimen kepada wakil Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes keempat rabies itu membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mempunyai sejarah gigitan anjing pada 27 Mei lalu di Kampung Saroban, terletak kira-kira 10 kilometer (km) radius daripada kampung di mana kes ketiga rabies berlaku.

Pada 1 Julai lalu, KKM memaklumkan terdapat tiga kes rabies dari Serian yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun lalu. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcY7mc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.