Hi! Welcome Back and Stay Tune! Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Riadah berbasikal warga emas berakhir dengan tragedi

HUTAN MELINTANG: Aktiviti riadah berbasikal seorang warga emas berakhir dengan tragedi apabila maut mengejut dalam insiden pada pagi Ahad.

Dalam kejadian sekitar 10 pagi itu, mangsa Osman Oda, 63, dipercayai mengalami sakit jantung ketika mengikuti program kayuhan Fit Malaysia di sini dan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 10.29 pagi berkenaan insiden warga emas yang berasal dari Hutan Melintang itu.

"Pihak polis menerima laporan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Hutan Melintang dan dijadikan maklumat awal.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan peserta kayuhan basikal 30km dalam Fit Malaysia dan mengalami sesak nafas serta dibantu dua pegawai perubatan sebelum dibawa ke klinik Hutan Melintang.

"Bantuan kecemasan diberikan namun mangsa gagal diselamatkan dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung," katanya kepada pemberita.

Menurut Wan Hassan, pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan unsur-unsur jenayah yang berlaku.

Jelas beliau, mangsa juga mempunyai sejarah sakit jantung dan menerima rawatan beberapa kali di Institut Jantung Negara (IJN) selama hampir setahun.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXLP2h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.