Robot Keluaran LG Akan Membantu Penumpang Dan Membersihkan Lapangan Terbang Incheon
Robot akan mengambil alih tugas remeh yang dilakukan oleh manusia. Kita tidak mampu menentang tsunami robot yang akan mampu melakukan tugas manusia dengan lebih pantas. Di Incheon International Airport, robot keluaran LG akan digunakan untuk membatu penumpang dan membersihkan terminal.
Airport Guide Robot yang kelihatan seperti Dalek siri Dr Who memberikan maklumat tentang penerbangan, pintu berlepas dan lokasi menarik di dalam terminal. Apabila pas penumpang diiimbas, ia boleh mengiring penumpang ke pintu berlepas sekiranya mereka tersesat. Airport Guide Robot mampu bercakap dalam bahasa Korea, Inggeris, Jepun dan Cina. Sebuah skrin LED gergasi pada bahagian tubuh akan memaparkan kesemua maklumat yang diperlukan.
Airport Cleaning Robot pula menggunakan teknologi LG HOM-BOT untuk membersihkan lantai terminal. Ia mampu mengesan kawasan yang paling kerap kotor dan melakukan cucian dengan lebih kerap. Sekumpulan Airport Cleaning Robot akan berkongsi maklumat diantara satu sama lain bagi menjalankan proses pembersihan dengan lebih berkesan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tybh23
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment