Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Buka Baju, Bukan Bogel – Faizal Tahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Buka Baju, Bukan Bogel – Faizal Tahir


Penyanyi Faizal Tahir mengakui tidak mahu mengambil endah tentang kritikan dilemparkan terhadapnya kerana sering tidak berbaju.

Menurut Faizal, tidak berbaju adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dijadikan isu.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Faizal telah berkongsi sekeping gambar tidak berbaju bersama dua anak lelakinya ketika mengerjakan ibadah umrah telah menerima kecaman daripada peminatnya.

"Sejujurnya, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu kerana sebelum ini saya pernah buka baju dan satu malaysia tengok di TV.

"Biarlah mereka berdebat kerana bagi saya gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa masalah.

"Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air sebelum mengajak anak mengambil gambar bersama.

"Setakat tunjuk separuh badan semasa ihram bagi saya tiada masalah kerana bukannya saya buka seluar ataupun berbogel dan ia bukan aurat," katanya kepada Astro Gempak.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di Hotel Impiana, KLCC, pada Isnin.

Tambah Faizal, dia dapat melihat pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek melalui komen yang diberikan oleh peminatnya.-Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6CbdX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.