Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Penjaga Tol, Ini 5 Tabiat Orang Kita Yang Saya Cukup Menyampah" - Mira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Penjaga Tol, Ini 5 Tabiat Orang Kita Yang Saya Cukup Menyampah" - Mira

Gambar Sekadar Hiasan

Taraf kehidupan rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan namun sedihnya, masih ada lagi golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dan tidak tahu menghormati orang lain.

Memetik laman iluminasi.com, seorang penjaga tol yang hanya mahu dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya yang menggambarkan betapa teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.

Maklum sajalah, bekerja sebagai penjaga tol sudah tentu berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam. Jom kita baca perkongsian gadis penjaga tol ini.

Saya Mira. Berumur 24 tahun. Gambar saya tak ada dalam ni ye?

Bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.

Dulu dan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.

1. Lelaki selalu ganggu saya

Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?

2. Baru nak bincang berapa nak topup

Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?

3. Tak reti perlahankan radio

Dengan muzik dung-dang-dung-dang dan suara lemah gemalai (walaupun jantan) anda harap kami boleh dengar suara anda nak topup berapa? Isk. Tolonglah perlahankan sikit radio kereta anda tu kerana kami perlu tahu berapa anda nak relod. Reload lebih tau pulak marah.

4. Tak reti adjust kereta

Ni memang masalah pada kami. Maaflah. Saya wanita, tapi selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan kecil, dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda. Awasi jarak side mirror Insya Allah semua ok.

5. Komplen pasal kena bayar tol dekat kami

Ni selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah. Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.

Tu lah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun, alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila. Cuma bila kena 5 ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin kereta dia.

Jesteru, sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini. 

Sumber: CARI


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ugjs0a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.