Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya tiada hubungan istimewa dengan bekas suami aktres itu” – Nelydia Senrose - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya tiada hubungan istimewa dengan bekas suami aktres itu” – Nelydia Senrose

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nelydia Senrose menafikan dakwaan beliau menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas suami seorang aktres terkenal sehingga mereka kononnya merancang mahu mendirikan rumah tangga.

"Saya tiada hubungan istimewa dengan bekas suami aktres itu" - Nelydia Senrose

“Saya tiada hubungan istimewa dengan bekas suami aktres itu” – Nelydia Senrose

Sambil menyifatkan berita tersebar itu tidak benar, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 22, itu turut menegaskan statusnya masih solo selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.

“Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?,” kata pelakon Bukan Aku Tak Cinta ini ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta haruman terbaru Avon, Viva La Vita di sini, hari ini.

Nelydia bagaimanapun mengaku berkawan dengan lelaki terbabit, namun perhubungan itu tidak lebih daripada rakan biasa.

“Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua.

“Selepas putus cinta beberapa tahun lalu, saya belum ada kekasih. Saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta,” kata Nelydia.

Kata artis yang akan genap berusia 23 tahun pada 30 Julai ini, jika satu hari nanti jodohnya tiba juga, beliau berharap biarlah lelaki itu seorang yang matang dan mampu membimbingnya menjadi isteri yang solehah.

Sumber: Bharian



Sumber “Saya tiada hubungan istimewa dengan bekas suami aktres itu” – Nelydia Senrose

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tdAwBU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.