Hi! Welcome Back and Stay Tune! Segelintir orang cina rasis kutuk anak Vincent Tan bertunang dengan SM Faliq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Segelintir orang cina rasis kutuk anak Vincent Tan bertunang dengan SM Faliq

AWAL bulan ini, kisah percintaan anak Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Chryseis Tan dan pewaris Kumpulan Naza, SM Faliq SM Nasimuddin menjadi bualan hangat ramai pengguna media sosial.

Kisah hubungan mereka ini menarik perhatian ramai kerana kedua-duanya berasal dari keluarga berprofil tinggi dan bukan itu saja, Chryseis, 29, juga merupakan anak kepada jutawan bertaraf bilionaire, Tan Sri Vincent Tan.

Berita pertunangan mereka susulan lamaran oleh SM Faliq, 31, di Marrakesh, Maghribi pada 30 Jun lalu sekali gus mengesahkan spekulasi pasangan itu bakal berkahwin; turut disambut baik dan dihujani dengan ucapan tahniah.

Faliq, anak bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin; yang merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd., mengenali teman wanitanya itu sejak di bangku sekolah lagi.

Hubungan pasangan tersebut sememangnya diketahui ramai memandangkan Chryseis sendiri sering kali berkongsi gambar momen mereka ceria bercuti bersama di mana-mana menerusi akaun laman Instagramnya sebelum ini.

Bagaimanapun menurut laporan pelbagai portal tempatan, ada segelintir netizen Cina bersikap rasis apabila menyifatkan perkahwinan pasangan berbeza kaum itu sebagai sesuatu yang memalukan bangsa mereka sendiri.

Portal berita Moretify melaporkan, ada seperti tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana ia melibatkan perbezaan agama apatah lagi Chryseis perlu memeluk agama Islam sebagai mana lazim dilakukan semua mualaf.

Kebiadaban netizen itu pada asalnya bermula dengan komen celupar mengenai songkok murah dikenakan Faliq yang ditohmah mereka sebagai jelik sebelum meleret pula kepada isu sensitif menyentuh aspek agama Islam sendiri.

Namun ada juga netizen lain tetap beranggapan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut adalah kelompok ketinggalan zaman kerana isu perkahwinan berlainan bangsa bukan sesuatu baharu di dunia.

“Kalau ramai tidak boleh terima sesuatu seperti ini, apatah lagi perkahwinan yang sama jantina? Memalukan jika masih ada lagi yang mengutuk gadis tersebut kerana berani untuk buat pilihan luar daripada kebiasaan.”

Komen tersebut yang ditulis oleh seorang netizen dikenali sebagai ‘Teck Hee’ dan bertugas di London, Britain itu turut mengejutkan pelbagai pihak khasnya yang sengaja memainkan isu perkahwinan dengan sentimen rasis.

Hakikatnya kritikan kurang ajar dilemparkan netizen terhadap Faliq dan Chryseis bukan sahaja tidak matang, malah menunjukkan mereka cemburu dengan ketentuan jodoh individu berprofil tinggi.

Sumber: Mynewshub.cc



Sumber Segelintir orang cina rasis kutuk anak Vincent Tan bertunang dengan SM Faliq

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tV6tDh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.