Hi! Welcome Back and Stay Tune! Steer – Peranti Boleh Pakai Memberi Renjatan Elektrik Apabila Pemandu Tertidur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Steer – Peranti Boleh Pakai Memberi Renjatan Elektrik Apabila Pemandu Tertidur

Terdapat banyak kemalangan maut berlaku akibat pemandu yang terlelap kerana kepenatan. Masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan mendapatkan rehat yang mencukupi. Tetapi ramai yang masih berdegil memandu ketika mengantuk. Steer ialah peranti boleh pakai yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan memberikan renjatan elektrik.

Peranti boleh pakai ini mengesan nadi dan aliran elektrik pada kulit. Apabila ia menurun, ia adalah petanda pemakai akan terlelap. Penurunan sebanyak 10 unit akan menyebabkan Steer bergetar dan menyalakan lampu. Penurunan sebanyak 13 unit akan memicu sistem renjatan elektrik bagi mengejutkan pemandu. Bateri sebesar 500 mAh yang digunakan mampu memberikan penggunaan Steer sehingga dua minggu.

Steer sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga bermula € 99 (~RM 495). Ini bukan peranti boleh pakai renjatan elektrik pertama yang dihasilkan. Pada tahun 2014 Pavlok dihasilkan dan ia merenjat pemakai yang malas bersenam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tOChKQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.