Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami maut, isteri parah disamun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami maut, isteri parah disamun

PESARA tentera ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah, manakala isterinya parah dalam kejadian dipercayai samun bersenjata, di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia selepas ditetak dengan parang.

Isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.

Sabturiah segera dibawa ke Hospital Melaka untuk dirawat, manakala mayat suaminya dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Seorang daripada jiran mangsa, Rokiah Saleh, 59, memberitahu, jiran sebelah rumah mangsa mendengar jeritan minta tolong daripada Sabturiah, sebelum keluar mendapati wanita itu terduduk di longkang hadapan rumahnya.

"Dia beritahu ada orang masuk rumah bersenjata parang. Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah.

"Dia minta saya dan jiran lain tengokkan suaminya dalam rumah, tapi kami semua perempuan, bimbang penjenayah masih berada dalam rumah," katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, sehingga jam 11.50 malam tadi, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ujlFum

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.