Sudah Ada Petisyen Bantah Fattah Amin Jadi Hero Drama Korea Coffee Prince Versi Malaysia
Minggu lepas berita pemilihan hero untuk drama popular Korea, Coffee Prince versi Malaysia iaitu Fattah Amin menjadi bualan hangat netizen yang tidak setuju pelakon itu membawakan watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai. Kini ada juga petisyen yang diwujudkan melalui kempen di Internet yang meminta agar pelakon lain menggantikan tempat Fattah kerana lakonan beliau dikatakan masih lagi kayu.
Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.
Buat masa ini, Saluran Melayu Astro sebenarnya masih lagi dalam perbincangan untuk memilih pelakon yang sesuai untuk watak tersebut. Pengarahnya Michael Ang pula tidak mahu mengulas isu ini dengan lebih lanjut walaupun umum mengetahui beliau telah mengesahkan Janna Nick turut terlibat dalam drama tersebut.
Bak kata kami sebelum ini, kita lihat sahaja hasilnya bagaimana nanti. Dengan populariti Fattah Amin kini drama Coffee Prince versi Malaysia pasti akan mendapat sambutan yang hangat.
Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE
Sumber: Beautifulnara
Similar posts
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tZQqSs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment