Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Malaysia abaikan teknologi dengan risiko sendiri

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang memilih untuk mengabai atau menangguhkan penggunaan teknologi dan penawarannya akan ketinggalan akhirnya, kata VMware.

Mereka juga akan kehilangan kelebihan produktiviti yang dijanjikan oleh mobiliti.

Pengurus Negara VMware Malaysia, Alex Loh berkata demikian dengan memetik "Kajian Ruang Kerja Digital VMware 2017" yang membuat kajian ke atas 2,000 profesional di Asia Tenggara mengenai tabiat Bawa Peranti Anda Sendiri (BYOD).

"Ia mendedahkan jurang, kelemahan dan ketidakcekapan yang mengejutkan yang perlu ditangani secepat mungkin.

"Ia juga mendedahkan yang 81 peratus pekerja di Malaysia berkata mereka menghadapi kesukaran ketka menggunakan aplikasi kerja - yang tertinggi di rantau ini.

"Jika tidak diuruskan dengan baik, isu terbabit akan terus menjejaskan kelebihan kompetitif syarikat dan menyebabkan kejatuhan produktivti dan menjejaskan matlamat perniagaan," katanya kepada Bernama.

Loh berkata, teknologi bergerak pada tahap yang amat pantas dan tidak ada industri yang terkecuali.

"Organisasi yang tidak dapat membetulkan infrastruktur mereka akan berpotensi untuk memberi laluan kepada lebih banyak inovator baharu dan lebih tangkas yang berminat untuk memanfaatkan pelbagai peluang pertumbuhan di rantau ini.

"Memberikan pengalaman jaminan perusahaan yang mudah kepada pengguna adalah langkah penting untuk bersedia menghadapi masa depan. Ia juga membolehkan budaya kemungkinan ke arah memperoleh sesuatu yang baharu dan terus menghasilkan keputusan perniagaan yang positif," katanya.

Loh berkata, VMware menyokong inisiatif transformasi digital pelanggan tempatan dengan membantu mereka memodenkan pusat data mereka serta mengintegrasikan awan awam.

Menurutnya, syarikat perisian itu juga menyokong perkembangan transformasi digital dengan teknologi berpusatkan pelanggan seperti "Workspace ONE" yang dilancarkan baru-baru ini.

"Ini adalah platform baharu untuk menghasilkan ruang kerja digital yang terjamin untuk gaya kerja yang fleksibel dan membolehkan BYOD.

"Ia juga merupakan platform digital pertama yang menyatukan identiti, pengurusan peranti dan penyampaian aplikasi pada satu platform bersepadu," tambah Loh.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u5jMl2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.