Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tegur Buat Bising, Wanita Berpantang Ditendang Remaja Perempuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tegur Buat Bising, Wanita Berpantang Ditendang Remaja Perempuan


Gara-gara menegur sekumpulan remaja yang membuat bising, seorang wanita yang sedang berpantang mengalami pendarahan serius akibat ditendang seorang remaja perempuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, mangsa, Norashikin Athida dikatakan ditendang di bahagian perut selepas berlaku pertengkaran dengan kumpulan remaja terbabit yang membuat bising di depan rumahnya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan status berhubung kejadian itu dimuat naik pengguna Facebook Encik Dep dan menjadi tular di laman sosial.

Menurut status itu, Dep berkata mangsa yang berang dengan bunyi bising yang dibuat kumpulan remaja terbabit sehingga menyebabkan bayinya terganggu bertindak menegur mereka.

Mangsa menasihati kumpulan remaja itu supaya beredar dari kawasan rumahnya, bagaimana mereka tidak mengendahkan teguran itu sebaliknya mencetuskan provokasi dengan terus membuat bising.

“Berlaku sedikit pergaduhan mulut lalu seorang wanita bertindak menendang perut si ibu. Tindakan berani wanita itu mengakibatkan si ibu kini ditahan di hospital akibat pendarahan serius,” demikian tulis Dep.

Rakaman CCTV yang didedahkan memaparkan kira-kira 12 orang remaja lelaki dan perempuan berkumpul di depan lif dipercayai di hadapan rumah mangsa.

Mangsa yang berada dalam rumah menegur kumpulan itu sebelum berlaku pertengkaran antara wanita itu dengan remaja perempuan.

Mangsa kelihatan keluar dari rumahnya seolah dalam keadaan marah dipercayai kerana remaja terbabit mencetuskan provokasi ldan mangsa menghampiri remaja itu sebelum dia ditendang di bahagian perut.

Akibat ditendang, wanita itu kelihatan menahan kesakitan dan memegang bahagian perutnya. Kumpulan terbabit kemudian memasuki lif, namun mangsa menahan lif itu menyebabkan kumpulan remaja itu keluar dan menggunakan tangga.

Susulan insiden tersebut, suami mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara.

Menurut laporan tersebut, suami mangsa mendakwa kumpulan remaja terbabit sering membuat bising sehingga menganggu ketenteraman penghuni lain.

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan sama ada suspek remaja yang menendang mangsa sudah ditahan polis atau sebaliknya.-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzRsVv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.