Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Perlu Polemik Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Perlu Polemik Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

YAN – Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai yang diluluskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak perlu dipolemikkan kerana ia bukan perkara baharu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang ramai juga perlu faham, hukuman itu hanya dilaksanakan terhadap pesalah orang Islam berikutan ia berdasarkan kepada kesalahan syariah.

“Jangan jadikan isu…amalan ini sudah pun berlaku di luar dari penjara macam di Tawau (Sabah). (Tetapi) ramai tidak faham hukuman berdasarkan syariah hanya melibatkan orang Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerai di Guar Chempedak dekat sini, hari ini.

Pada Rabu lepas, DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu turut memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.

Jamil Khir yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai berkata, bagaimanapun hukuman sebat dalam penjara sebenarnya sudah menepati khalayak ramai kerana menurut istilah Islam, ia bermaksud melebihi dua orang.

“Dalam penjara itu sudah lebih dua orang termasuk dengan doktor yang datang melihat, pegawai (penguat kuasa) agama, pengiring pesalah serta petugas lain,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVSk6y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.