Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga bulan digantung kerja kerana hina bapa Watson Nyambek, Ammar Titan sibuk dengan kafe kucing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga bulan digantung kerja kerana hina bapa Watson Nyambek, Ammar Titan sibuk dengan kafe kucing

SELEPAS tiga bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek, pengacara Ammar Abu Hassan berhasrat membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai kafe kucing.

 

 

Tiga bulan digantung kerja kerana hina bapa Watson Nyambek, Ammar Titan sibuk dengan kafe kucing

Tiga bulan digantung kerja kerana hina bapa Watson Nyambek, Ammar Titan sibuk dengan kafe kucing

 

Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan, 30, berkata sepanjang melalui tempoh itu, dia sibuk menguruskan proses untuk membuka sebuah kafe yang turut mempunyai koleksi kucing.

“Alhamdulillah, saya semakin matang dan positif selepas apa yang berlaku. Kita tidak boleh pandang ke belakang dan kena teruskan hidup walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

“Sepanjang tiga bulan ini saya sibuk nak uruskan proses membuka kafe yang turut mempunyai kucing. Sekarang ini dah lebih kurang 30 peratus siap dan Insya-Allah mungkin dalam beberapa bulan lagi kafe akan dibuka.

 
Ammar tidak benarkan untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu dia mempersendakan ayah kepada Watson Nyambek.

“Saya ada tempah kucing-kucing dari luar negara seperti Rusia untuk diletakkan di kafe ini,” kata Ammar.

Bekas penyampai radio Hot FM ini ditemui di rumah terbuka syarikat pengurusan Indigital Sdn Bhd di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya pada Selasa.

Pada 23 April lalu, Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral.

Dalam pada itu, Ammar berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Nur Amalina Jamil, 28, yang kini sedang hamil anak pertama.

Ammar dan isteri menantikan kehadiran anak pertama mereka. 

Usia kandungan isteri Ammar sudah lebih tiga bulan dan dijangka lahir pada penghujung tahun ini.

“Saya dan isteri tidak sabar menantikan kelahiran anak pertama kami. Kalau ikut tarikh yang doktor berikan Insya-Allah bayi kami lahir pada 28 Disember depan.

“Alhamdulillah, Amalina tidak mengalami alahan yang teruk dan kandungan pun dalam keadaan yang baik. 

“Saya harap semua doa yang baik-baik untuk keluarga kecil saya,” ujarnya.

Ammar dan pasangannya berkahwin pada 1 April lalu dalam majlis yang diadakan secara sederhana di Farar Place, Dengkil dengan dihadiri ahli keluarga pengantin dan sahabat terdekat.

Sumber: Mstar



Sumber Tiga bulan digantung kerja kerana hina bapa Watson Nyambek, Ammar Titan sibuk dengan kafe kucing

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHBqvK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.