Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiket Sukan SEA Dijual RM10 – RM20, Percuma 32 Acara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiket Sukan SEA Dijual RM10 – RM20, Percuma 32 Acara



KUALA LUMPUR – Tiket bagi menyaksikan beberapa acara Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) mula dijual hari ini.

Tiket berharga antara RM10 hingga RM20 dijual secara atas talian di http://ift.tt/29W4jdZ manakala penjualan di beberapa pusat jualan akan dimaklumkan kemudian.

Sebanyak 19 acara sahaja memerlukan tiket termasuk upacara pembukaan dan penutup yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata inisiatif penjualan tiket dilakukan kerana adanya had kapasiti di sesetengah lokasi pertandingan dan ia menjadi mekanisme untuk kawal kehadiran penonton secara lebih sistematik.

Tiket Sukan SEA Dijual RM10 - RM20, Percuma 32 Acara

“Kami menyedari akan keperluan untuk memastikan kehadiran penonton terutamanya bagi acara yang dianggap sebagai mempunyai permintaan tinggi atau digemari ramai, dapat diatur dengan lebih sistematik dan terkawal.

“Atas sebab ini, keperluan untuk jual tiket bagi lokasi pertandingan yang kapasiti penontonnya terhad berbanding dengan permintaan, perlu kami perkenalkan,” katanya pada majlis pelancaran penjualan tiket KL2017 di sini hari ini.

Antara acara sukan yang memerlukan tiket ialah akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), badminton, gimnastik, karate, taekwondo, pencak silat, futsal, bola jaring, ragbi, berbasikal (trek), bola keranjang, sepak takraw, biliard dan snuker, muay dan bola sepak.

Dalam pada itu, sebanyak 32 acara lain dapat ditonton secara percuma seperti akuatik (renang terbuka), memanah, olahraga, tenpin boling, tinju, kriket, berbasikal (BMX dan lebuh raya), ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling padang, petanque dan layar.

Sementara itu pada sidang media kemudianya, Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) berkata bagi memastikan tidak berlaku penjualan tiket haram atau ulat tiket, setiap individu dihadkan pembelian kepada empat tiket sahaja.

“Kita hadkan pembelian tiket sama ada secara online dan di kios, kita hadkan maksimum empat tiket bagi setiap pembeli.

“Kita juga akan ada sukarelawan di luar venue bagi memastikan tidak berlakunya penjualan tiket haram.

“Harga tiket pula adalah berpatutan dan penyokong serta peminat acara sukan itu pastinya bersedia untuk membeli. Untuk pusingan awal harga RM10, pada pertengahan acara RM15 dan final RM20,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata jumlah keseluruhan tiket dicetak bagi temasya dwitahunan itu, bagaimanapun bergantung kepada permintaan serta mengambil kira keperluan daripada negara peserta.

“Belum ada jumlah yang tepat sebab kita akan keluarkan lebih banyak kalau permintaannya tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Sukan Para ASEAN, beliau berkata tiada tiket dikenakan untuk semua acara. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tL4li5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.