Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tip Mudah Agar Dapat Konsisten Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat, Cuba Amalkan! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tip Mudah Agar Dapat Konsisten Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat, Cuba Amalkan!

Tip Mudah Agar Dapat Konsisten Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat, Cuba Amalkan!

Tidak dapat dinafikan Surah Al Kahfi sememangnya mempunyai banyak kelebihan dan ia amat disarankan dibaca pada Hari Jumaat. Namun sedia maklum, Surah Al Kahfi ini agak panjang dan agak memerlukan masa untuk dihabiskan secara berterusan.

Pasti rasa agak 'berat' untuk membaca surah sebanyak 110 ayat ini. Rasa seperti tak mampu nak habiskan baca sekali gus. Betul tak?

Jangan risau, ada caranya untuk lengkapkan bacaan surah halang fitnah dajjal ini. Lagipula surah ini boleh mula dibaca selepas Asar hari Jumaat sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.

Tipnya Pecah-pecahkan 110 ayat surah Al Kahfi ini kepada beberapa sesi. Satu sesi hanya perlu membaca 20-30 ayat sahaja. Kalau mulakan selepas Asar hari Khamis, bacaan dapat dilengkapkan sebelum Asar hari Jumaat. Jadi setiap sesi hanya memerlukan masa yang singkat. Mudah bukan?

Tak kisahlah bagaimana pun caranya. Paling penting kita semua khatam membaca surah Al Kahfi sebelum terbenam matahari hari Jumaat.

Antara manfaat mengamalkan surah Al-Kahfi:

Surah Al-Kahfi juga disebut Ashabul Kahf merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di kota Makkah.

1. Terhindar dari fitnah dajjal

Nabi Muhammad bersabda bahawa sesiapa yang rajin membaca surah ini pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah dajjal. Dajjal merupakan salah satu tanda-tanda kiamat. Fitnah dajjal sangat kejam dan mampu membawa kepada kesesatan dan seksa neraka Jahanam.

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapat zaman dajjal) hendaknya Ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.” (HR Muslim)

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR Muslim)

2. Memperoleh pengampunan dosa di antara dua Jumaat

Jaminan setiap dosa akan diampunkan, bermula pada hari Jumaat surah Alkahfi dibaca sehingga pada hari Jumaat yang berikutnya.

 “Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

3. Dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273)

Selamat mencuba dan mengamalkannnya!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXOInr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.