Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tongkang Karam Di Sungai Batang Saribas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tongkang Karam Di Sungai Batang Saribas


BETONG: Pembinaan Jambatan Pusa, di sini, terpaksa dihentikan seketika selepas tongkang yang digunakan untuk membawa jentera dan peralatan pembinaan jambatan itu karam di Sungai Batang Saribas, di sini, semalam.

Harian Metro difahamkan, tongkang yang ditambat berdekatan tapak projek pembinaan jambatan itu terbalik dan karam akibat arus sungai deras.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah berkata, tongkang itu dikatakan senget sekitar jam 8 pagi sebelum terbalik bersama dua lori dan sebuah kren.

“Saya sendiri pergi ke lokasi kejadian dan kami mendapati tidak ada pekerja yang cedera serta hilang dalam kejadian itu.

“Pekerja tongkang itu memaklumkan mereka semua sempat menyelamatkan diri ketika tongkang berkenaan mula senget sebelum ianya karam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.30 pagi.

“Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tFDPHb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.