Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ummi Nazeera tolak semua tajaan kahwin kecuali satu… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ummi Nazeera tolak semua tajaan kahwin kecuali satu…

PELAKON Ummi Nazeera memberitahu, menjelang majlis pernikahannya bersama Dr Izzar pada 3 Ogos depan, dia hanya menerima satu tajaan sahaja daripada pihak luar.

Ummi, 27, memberitahu, dia tidak berhasrat untuk menerima tajaan pada sesuatu perkara yang dirasakan tidak perlu. 

“Bukan tak ada yang nak menaja sebaliknya ramai berminat untuk tujuan itu, namun saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai.

“Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah,” katanya kepada mStar Online.

 

Ummi dan Dr Izzar akan bernikah di Glam Marriot Hotel Putrajaya dengan dua majlis resepsi pada 5 dan 12 Ogos depan bertemakan Etnik Islamik.

Ummi Nazeera tolak semua tajaan kahwin kecuali satu...

Ummi Nazeera tolak semua tajaan kahwin kecuali satu…

Ummi akui berdebar menunggu saat bergelar seorang isteri.

Dalam pada itu kata pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap ini lagi, sehingga kini dia sudah berasa debaran bergelar seorang isteri.

“Saya berdebar bukan kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tidak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu,” ujarnya tersenyum manja.

Berkongsi perancangan berbulan madu pula, kata Ummi dia dan suami merancang untuk ke dua buah lokasi iaitu di dalam dan luar negara.

“Kami memilih untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland insyaAllah selepas selesai majlis respesi ketiga yang akan berlangsung di Dewan Banquet FELDA 12 Ogos depan,” katanya.

Ummi dan Dr Izzar, 30, bertunang dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya pada 11 Disember tahun lalu.

Sumber: Mstar



Sumber Ummi Nazeera tolak semua tajaan kahwin kecuali satu…

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u7PJbI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.