Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viral Isu Jantina, Sajat Anggap Ada Pihak Iri Hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viral Isu Jantina, Sajat Anggap Ada Pihak Iri Hati


Gempar beberapa hari lepas identiti sebenar usahawan kosmetik terkenal ini terbongkar berikutan foto yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab!

Namun, Nur Sajat memandang positif terhadap pendedahan kononnya itu adalah identiti dan nama sebenarnya seperti mana yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Sajat berkata, isu seperti itu menjadi viral berikutan terdapat pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang digapai terutama dalam bidang perniagaan kecantikan yang diusahakannya.

Foto yang dikatakan nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjadi perhatian netizen sehingga mencetuskan spekulasi terhadap jantina usahawan tersebut.

“Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.

“Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?” katanya memetik salah sebuah portal online.

Berikutan isu tersebut, dengan nada yang agak berseloroh Sajat menganggap dirinya adalah sebutir ‘permata’ yang terpilih untuk menjadi perhatian sehingga begitu ramai yang ingin mengambil tahu tentangnya.

Sajat sedikit pun tidak mengambil kisah apa yang berlaku malahan dia lebih berminat untuk memberi fokus yang penuh bagi melebarkan perniagaannya yang sedang meningkat naik.

Tambahnya lagi, apa yang lebih penting baginya masa kini adalah restu ibu bapa dan niat untuk membesarkan kedua-dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.

Dalam pada itu Sajat mendedahkan dia ada menerima pelawaan berlakon filem dan merakamkan single tidak lama lagi. Adakah single tersebut bakal ‘meletup’ seperti ‘I Am Me’? Nantikan… – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uAaJGs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.