Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita 40an nampak seperti 20an dedah gambar ibu 63 tahun, pun nampak muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita 40an nampak seperti 20an dedah gambar ibu 63 tahun, pun nampak muda

LURE Hsu, 41, seorang pereka hiasan dalaman dan penulis blog fesyen, mendapat perhatian di media sosial kerana wajahnya yang muda.

Bagaimanapun, rahsia awet mudanya dibuktikan dengan gen dalam keturunannya.

Kedua-dua adik perempuannya, Sharon, 36, dan FayFay, 40, turut kelihatan seperti berusia 20an.

Malah, ibu mereka berusia 63 tahun kelihatan seperti kakak.

Pengguna Internet mula menerima hakikat bahawa Lure Hsu sememangnya berusia 41 tahun, selepas gambarnya bersama ibu dan adik-beradik disiarkan oleh media Taiwan.

Keempat-empat wanita ini digelarkan media Taiwan sebagai ‘keluarga yang sentiasa muda’, malah ada yang menyifatkan mereka berketurunan drakula kerana wajah mereka yang tidak dimamah usia.

Ibu mereka yang berusia 63 tahun (tengah).

FayFay Hsu, 40, merupakan ibu kepada dua anak, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun.

Dia mengakui setiap kali mereka keluar bersama, ramai yang menyangka dia adalah kakak mereka.

Bercakap kepada Daily Mail, dia berkata, mereka mendapat gen muda daripada ibu mereka.

“Ibu dulu kelihatan sangat muda. Sekarang, dia masih menawan,” kata FayFay sambil menambah bahawa bapa mereka yang berusia 74 tahun juga masih segak tetapi malu untuk bergambar.

Menerusi wawancara bersama Friday Magazine, FayFay dan Lure juga berkata, rahsia penampilan mereka adalah minum air yang banyak bagi mengekalkan kelembapan kulit.

Menurut FayFay, dia minum 350 hingga 500 mililiter air suam setiap pagi.

Sementara itu, Sharon Hsu, 36, merupakan seorang model dan selebriti di Taiwan.

Walaupun muda beberapa tahun dari kakak-kakaknya, tetapi Sharon kelihatan muda seperti pelajar sekolah. – odditycentral
Sumber: Mstar



Sumber Wanita 40an nampak seperti 20an dedah gambar ibu 63 tahun, pun nampak muda

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2twesGO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.