Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZAHID BERI AMARAN KEPADA PIMPINAN UMNO SELANGOR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZAHID BERI AMARAN KEPADA PIMPINAN UMNO SELANGOR

KUALA LANGAT – Pemimpin Umno Selangor disaran untuk mengubah sikap dan mengambil berat semua masalah termasuk di peringkat akar umbi serta pengundi bagi menjayakan misi menawan semula negeri itu pada PRU14.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara berseloroh memberitahu beliau sendiri akan mengikat dan mencampak tiga wakil kepimpinan Umno negeri ini sekiranya tidak berjaya merampas semula Selangor termasuk Kuala Langat.

Tiga wakil kepimpinan dimaksudkan adalah Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, Timbalannya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan dan Setiausaha, Datuk Johan Abdul Aziz.

Ahmad Zahid berkata, ketiga-tiga pemimpin ini perlu mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan Umno/BN di Selangor khususnya kepercayaan rakyat terhadap parti.

“Ya memang kita ada masalah di peringkat nasional, namun kita perlu tawan Selangor. Hari ini (semalam), bila saya tanya Sulaiman Karli, ‘di sini (Kuala Langat) ada tak sungai-sungai yang dalam dan banyak buaya?’ Dia jawab,’Sungai Buaya, sungai yang banyak buaya,’…tapi kata Datuk Nordin (Bendahari Umno Bahagian Kuala Langat), ‘ular tedung pun banyak juga’.

“Saya fikir kalau tak menang lepas ni, ketiga-tiga orang ini (Noh, Mat Nadzari dan Johan) saya akan ikat dan campak ke dalam sungai,” katanya berseloroh ketika ucapan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat, hari ini sebelum disambut dengan hilai tawa oleh semua ahli yang hadir.

Ahmad Zahid berkata, sudah tiba masanya untuk Umno merampas kembali Selangor termasuk Kuala Langat.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vas4YN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.