‘2 TAHUN ROGOL ANAK SENDIRI, 3 KALI SEHARI’
Seorang lelaki berdepan 631 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap anak kandungnya sendiri.
Mangsa, remaja perempuan 15 tahun, didakwa diperlakukan begitu tiga kali sehari, hampir setiap hari dalam tempoh dua tahun lalu.
Timbalan pendakwa raya Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin berkata perbuatan itu dilakukan secara rutin.
“Kenyataan (remaja itu) berdasarkan ingatan.
“Ia sudah jadi kebiasaan tanpa gagal,” kata Nordalina kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun untuk hari ini pihak pendakwaan cuma sempat membacakan 182 daripada 631 pertuduhan berkenaan.
Pertuduhan selebihnya akan dibacakan esok di mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uqbiWs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment