Hi! Welcome Back and Stay Tune! 24,000 tenaga manusia POS Malaysia akan dikecilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

24,000 tenaga manusia POS Malaysia akan dikecilkan

Rundingan dengan kesatuan sekerja mengenai penstrukturan semula pampasan sedang berjalan, kata CEO Pos Malaysia.
pos-malaysiaPETALING JAYA: POS Malaysia Bhd merancang mengecilkan bilangan kakitangan selepas menyedari bilangan sedia ada “terlalu ramai untuk diurus”, lapor The Malaysian Reserve.
Mengakui syarikat itu sedang berunding dengan kesatuan sekerja mengenai terma pampasan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Shukrie Mohd Salleh berkata tenaga manusia sedia ada mengehadkan kebolehan menjana keuntungan lebih baik walaupun mendapat hasil lebih tinggi.
“Secara prinsip, semua kesatuan sekerja memahami keperluan merangka semula cara pemberian pampasan kepada kakitangan menjadi lebih berasaskan prestasi, yang boleh menjadi berbeza mengikut prestasi perniagaan bukannya bersifat tetap,” kata Shukrie pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung syarikat itu di Shah Alam semalam.
Menurut akhbar kewangan itu, Shukrie berkata 24,000 kakitangan bawah kumpulan itu bilangan yang “terlalu ramai untuk diurus”.
Langkah mengecilkan saiz agak mengejutkan kerana hasil POS Malaysia meningkat beberapa tahun ini kebelakangan ini, daripada RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 2013 kepada RM2.1 bilion pada tahun kewangan 2017.
Juga didedahkan dalam mesyuarat agung tahunan semalam, syarikat perkhidmatan pengeposan negara itu secara purata memperuntukkan 52% hasil kumpulan itu untuk mengurus kos pekerja.
Sementara itu, Shukrie juga menjelaskan rancangan syarikat untuk pembesaran tahap rantau bagi memaksimumkan dapatan.
“Rancangan pembesaran sedang dijalankan. Kami sedang berunding dengan beberapa pihak tetapi sambil maju ke depan, kita perlukan rakan kongsi, terutamanya sekarang kita sedang maju melangkaui Malaysia lebih daripada dijangka,” beliau dipetik berkata oleh TMR.
Pembesaran di negara asing bagaimanapun, tidak akan melibatkan kehadiran fizikal dengan operasi sebegitu diselia daripada Malaysia.
“Risiko tidak terlalu besar jika kita tidak berpindah ke luar negara secara fizikal. Ianya lebih sukar kerana di luar negara, kita terpaksa bekerja dalam persekitaran ekosistem berbeza.
“Lebih baik kita melabur sejumlah wang menubuhkan satu pusat di Malaysia, tetapi akan tiba masanya kita mungkin perlu melangkah sempadan secara fizikal untuk menjalankan perniagaan di sana,” kata Shukrie menurut laporan. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vroBBD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.