Hi! Welcome Back and Stay Tune! 53,285 Perniagaan Online Berdaftar Dengan SSM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

53,285 Perniagaan Online Berdaftar Dengan SSM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 10 Julai lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata bagi menggalakkan pematuhan pendaftaran perniagaan dan pengenalan kepada perniagaan dalam talian yang meliputi perniagaan, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad, SSM menganjurkan Karnival SSM-One (Online Networking Entrepreneurs) di seluruh negara.

“Di peringkat kementerian, kami menawarkan insentif berbentuk keusahawanan digital kepada perniagaan kecil dalam talian yang memfokuskan kepada aspek pendidikan dan kemahiran.

“Latihan dan kursus yang ditawarkan oleh kementerian merangkumi latihan lapangan, simulasi, kaedah strategi pemasaran digital melalui media sosial dan perniagaan dalam talian yang efektif yang dilaksanakan secara bersama dengan agensi kerajaan, institut pengajian tinggi, pihak industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM),” katanya.

Henry berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengenai statistik terkini jumlah pendaftaran dalam talian dan insentif kepada perniagaan kecil yang dikatakan belum boleh meraih keuntungan besar berbanding perniagaan dalam talian besar seperti Lazada, 11th Street, Zalora dan eBay.

Henry berkata agensi lain turut menawarkan program dan latihan kepada perniagaan kecil dalam talian iaitu Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC); agensi peneraju untuk memandu Malaysia ke arah ekonomi digital; dan SME Corporation Malaysia (SME Corp); agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membantu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) terlibat dalam perniagaan dalam talian.

“MDEC menawarkan program e-Usahawan di Institusi Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) awam yang terpilih di seluruh negara untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan belia dan mikro dalam menggunakan platform digital dan media sosial untuk meningkatkan jualan dan meluaskan pasaran.

“SME Corp turut menawarkan latihan keusahawanan dan pemasaran dalam talian kepada peniaga PKS serta membantu dalam mengurangkan kos yuran penyertaan PKS di platform e-dagang seperti Alibaba dan eBay,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan mengenai peruntukan kepada golongan yang baru menceburi perniagaan dalam talian, Henry berkata kementerian di bawah seliaan SSM turut mewujudkan program ‘Young Entrepreneur Go’ bagi menggalakkan golongan pelajar menceburi bidang perniagaan di samping mempertingkat kesedaran tentang kewajipan mendaftar perniagaan serta pengurusan perniagaan yang betul dalam kalangan pelajar.

“Program ini yang mula berkuat kuasa 1 Jan lepas, menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang berminat menceburi bidang perniagaan dan kerajaan menyalurkan geran RM10 juta yang setakat ini masih terdapat lebihan geran sebanyak RM199,903,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vo2EYK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.