Acer Memperkenalkan Komputer Riba Permainan Dengan Cip Intel Core Generasi Kelapan – Acer Nitro 5 Spin
Bersempena dengan Gamescomm, bukan Lenovo sahaja mengumumkan penawaran baru, tetapi pihak Acer turut tidak ketinggalan. Acer kini telah memperkenalkan Acer Nitro 5 Spin, iaitu sebuah komputer riba memfokuskan permainan video dengan spesifikasi pertengahan.
Acer Nitro 5 Spin hadir dengan rekaan boleh putar 360-darjah untuk pelbagai mod penggunaan berbeza. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi kelapan yang baru diumumkan oleh Intel, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, dan menggunakan skrin bersaiz 15.6-inci HD IPS.
Komputer riba ini turut dilengkapi dengan storan berasaskan SSD sehingga 512GB – selain Acer mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam lamanya.
Acer memasarkan komputer riba ini kepada pemain video kasual, tetapi dengan spesifikasinya, anda boleh memainkan pelbagai permainan termasuk Dota 2 tanpa sebarang masalah.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Acer Nitro 5 Spin ini akan memasuki pasaran tempatan. Di Amerika Syarikat, Acer menawarkan ia pada harga $999, iaitu sekitar RM4300.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXt80h
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment