Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhbar Thailand Gesa Rombak Sukan, Prestasi Suram Pada Sukan SEA KL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhbar Thailand Gesa Rombak Sukan, Prestasi Suram Pada Sukan SEA KL





Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang popular di sini menggesa rombakan dilakukan terhadap program sukan Thailand berikutan kualiti atlet negara itu dikatakan merudum pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.


Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya hari ini berkata, negara telah gagal terutamanya dalam (acara) sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.


"Pada Kuala Lumpur 2017 , Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.


Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya telah dijadikan alasan oleh negara jika ia kalah kepada Malaysia untuk kekal mendominasi temasya serantau itu, tetapi ia tidak boleh bergantung pada alasan dan hujahan itu lagi pada kali ini.


Thailand yang menyasarkan 109 pingat emas pada SEA Games Ke-29 itu, menurut akhbar itu, sudah kehabisan alasan dan pada masa sama turut hilang cengkaman dalam sukan-sukan antarabangsa.


Sementara itu, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA, walaupun berdepan kritikan kerana menganjurkan sukan-sukan yang dikuasainya, ia telah membuktikan bahawa atlet-atlet mereka memang tiada tandingannya apabila membabitkan sukan-sukan antarabangsa, menurut akhbar itu.


Berbaki dua hari lagi pertandingan, Malaysia jauh mendahului dalam jumlah pungutan pingat dan bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan Thailand di tempat kedua.


Thailand ialah juara keseluruhan Sukan SEA dua tahun lepas di Singapura.





-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xIFVDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.