Hi! Welcome Back and Stay Tune! AMANAH DESAK 1MDB JELAS SUMBER KEWANGAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AMANAH DESAK 1MDB JELAS SUMBER KEWANGAN

KOTA BHARU – Amanah mendesak 1MDB menjelaskan sumber kewa-ngan yang diperoleh bagi membayar hutang bernilai kira-kira RM1.55 bilion kepada International Oilfield Investment Co (IPIC).

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu perlu dibuat kerana terdapat dakwaan kemampuan pembayaran itu dibuat sehari selepas delegasi China melawat Malaysia untuk majlis pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Kena jelaskan. Dalam pelancaran kos yang disebut antara RM50 bilion hingga RM53 bilion. Ada yang mendakwa kos sebenar lebih murah dan lebihan pembayaran itulah digunakan untuk bayar hutang.

“Penjelasan termasuk kos pinjaman dan bagaimana kerajaan mampu membayar pinjaman ini ketika negara sedang menanggung hutang yang banyak.

“Rakyat pun akan terbeban dan ini mencerobohi hak rakyat,”  katanya semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan disertai lebih 150 perwakilan di Wisma Tok Guru, Salor dan turut dihadiri Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah serta Pengerusi Keadilan Kelantan, Abdul Aziz Kadir.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1wZM2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.