Angkara Facebook, WeChat, Berbelas Ribu Pelajar Hamil
KUALA NERUS : Seramai 13,381 remaja hamil pada tahun 2015 berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penolong pengarah kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan berkata 3,980 daripada mereka belum berkahwin.
Noor Azizan Abd Hadi berkata daripada jumlah itu, 1,100 individu masih bersekolah manakala 2,880 tidak lagi bersekolah, lapor Harian Metro.
Namun, akhbar itu tidak menyatakan status baki remaja yang hamil.
Beliau berkata Facebook dan WeChat antara medium paling kerap digunakan remaja bawah umur untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.
“Pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana sekaligus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas,” katanya. - MalayMail
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vQBnwO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment