Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bas Awam Singapura Boleh Dipanggil Seperti Perkhidmatan Perkongsian Kereta Di Masa Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bas Awam Singapura Boleh Dipanggil Seperti Perkhidmatan Perkongsian Kereta Di Masa Hadapan

Perkhidmatan perkongsian kereta merevolusikan perkhidmatan kenderaan awam di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur misalnya pengguna tidak perlu lagi melayan kerenah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Tambang kini lebih murah dan konsisten tanpa perlu risau menjadi mangsa tipu. Agensi Pengangkutan Darat Singapura (LTA) sedang mencari pembagun menghasilkan aplikasi yang membenarkan penumpang memanggil bas awam apabila diperlukan.
Aplikasi akan membolehkan bas di luar laluan biasa untuk mengambil penumpang apabila dipanggil sebelum kembali ke laluan asal. Penumpang tidak perlu menanti bas dengan nombor tertentu untuk pergi ke destinasi pilihan. Perkhidmatan ini akan ditawarkan di kawasan dengan kekerapan bas yang rendah dan ketika di luar waktu puncak. Menurut LTA, dengan perkhidmatan bas “laluan dinamik” ini, masalah penumpang menunggu dengan lama di pondok bas dapat diselesaikan.

LTA kini membuka tender terbuka kepada pembangun yang ingin menghasilkan aplikasi “Uber untuk bas” ini. Apabila dihasilkan kelak, ia akan diuji di Joo Koon . Punggol North/West  dan Shenton Way/Marina South. Adakah perkhidmatan “perkongsian bas” evolusi seterusnya selepas perkongsian kenderaan?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wLpBSK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.