Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas Pramugara Perjelas Video Misteri Penumpang Turun Dari Aerobridge Tanpa Pesawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas Pramugara Perjelas Video Misteri Penumpang Turun Dari Aerobridge Tanpa Pesawat

Bekas Pramugara Perjelas Video Misteri Penumpang Turun Dari Aerobridge Tanpa Pesawat

Sejak semalam viral di media sosial sebuah video yang agak seram diambil di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Thailand dipercayai di Phuket sejak beberapa hari yang lepas. Video tersebut ditonton hampir 3 juta kali dan telah dikongsi lebih 10,000 kali oleh netizen.

Video tersebut memaparkan penumpang sedang menuruni ‘aero bridge’ nampu tanpa kelibat pesawat. Penumpang-penumpang tersebut dilihat berjalan laju menuruni pesawat dengan menaiki aero bridge tersebut.

Namun, bagi seorang bekas pramugara Atif Zul

tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Ikuti perkongsian penuh dari lelaki tersebut dibawah.

Penjelasan Sebenar Video Viral Penumpang Turun Dari Aerobridge Tanpa Pesawat

Saya dah explain kat admin yang upload video sama. Ini semua hanya satu ilusi sahaja.

Betul2 di sebelah (belakang) aerobridge ni ada laluan daripada main terminal menghala ke aerobridge-aeorbridge ini. Sebenarnya penumpang2 ini sedang berjalan dari bangunan terminal ke arah aerobridge.

Oleh sebab camera angle ini setaraf dengan laluan dibelakangnya, ia kelihatan seolah-olah penumpang ini sedang berjalan di atas aerobridge yang tiada kapal ini. Mereka pula berjalan laju sebab video ini sedang fast forward. Antara buktinya adalah lampu pada van dibawah yang berputar dengan laju.

Saya dahulu kerja sebagai seorang pramugara dan sering membuat penerbangan ke Phuket jadi saya dah familiar dengan layout airport ini.

Walaupun saya ni percaya pada alam ghaib dan makhlus halus, tetapi saya juga tidak mudah ditipu.

Walaupun netizen ada yang percaya bahawa ‘penumpang’ tersebut adalah ‘hantu’ namun penjelasan ini dapat meleraikan segala pertanyaan yang bermain di minda netizen.

BLOGMAZEER.COM

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tUkkGM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.