Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bendera terbalik: Kerajaan Indonesia maafkan Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bendera terbalik: Kerajaan Indonesia maafkan Malaysia

JAKARTA: Presiden Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukan sukan itu Sabtu lepas.

Staf Khusus Presiden bidang Komunikasi Johan Budi Saptopribowo berkata, presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.

Media-media dalam talian memetik Johan sebagai berkata presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

"Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan (buku cenderamata itu) mahu ditarik (balik), itu yang diharapkan oleh presiden, (dan) Malaysia (sudah) minta maaf," katanya di Kompleks Istana Kepresidenan di sini hari ini.

Malaysia, menerusi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA ke-29 itu.

"Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apa lagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan," katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang sengaja.

"Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian," katanya lagi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fZMIoS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.