Biadab Punya Perempuan, Acah-Acah 'Road Bully' Pula Dia!
Sangat menyakitkan hati apabila bertemu pemandu yang mementingkan diri sendiri. Lebih sakit, apabila mereka bersikap kurang ajar dan 'tak makan saman'. Sememangnya menguji keimanan!
Berang dengan tindakan seorang wanita di jalan raya, Syadiq Ismail meluahkan kekesalannya itu di laman Facebook.
"Dari lorong kiri nak masuk kanan tak reti bagi lampu isyarat,
terus himpit kereta orang sampai hampir terlanggar.
"Bila dihon, bukan nak ke tepi atau minta maaf.
Lagi dia tekan minyak dan himpit, acah-acah nak langgar," tulisnya.
Menurut Syadiq, kejadian berlaku di Seksyen 8, Shah Alam, menuju ke Hotel Concorde.
Dalam pada marah-marah tu, sempat juga Syadiq berseloroh.
"Kalau ada yang kenal atau rasa nak buat bini, nasihatkanlah ya," katanya.
Rata-rata netizen menyebelahi Syadiq kerana berang dengan sikap kurang ajar dipamerkan wanita terbabit.
"Sangat kurang ajar.
"Geng macam ni kalau kat penang, memang dah 'simen'.
"Perempuan, acah-acah road bully... Kang kena kejar, lelaki pula yang disalahkan. Hmmm," antara komen netizen.
Foto: FB Syadiq Ismail
Kalau di atas jalan raya tu, janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Sikap toleransi itu sangat penting supaya tiada kejadian buruk berlaku. Banyakkan bersabar, okey?
Sumber: CARI
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uFcNvW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment