Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bila 'Boss' Buat 'Spot Check', Ini Respons KJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bila 'Boss' Buat 'Spot Check', Ini Respons KJ


Berbaki 15 hari lagi menjelang Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dijadualkan berlangsung mulai 19 hingga 30 Ogos ini, bahang kehangatan temasya dwitahunan rantau Asia itu semakin dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai tuan rumah temasya sukan itu, pelbagai persiapan telah dilakukan kerajaan termasuklah dari segi latihan para atlet, kerja-kerja pembangunan seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, meningkatkan kemudahan bersepadu melibatkan pengangkutan awam dan laluan pejalan kaki serta banyak lagi.

Segala naik taraf ini adalah di bawah projek fasa 1 yang bermula sejak Januari 2016 dalam usaha menjadikan Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai hub sukan bukan sahaja kepada atlet, malahan ianya terbuka kepada orang awam.

Ketika ramai sedang menghitung hari bersejarah itu, antara individu yang paling tidak sabar menyambut kedatangan kontinjen-kontinjen negara lain ke Malaysia semestinya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi memastikan setiap inci persiapan menjelang temasya itu berjalan lancar dan tiada sebarang ‘cacat cela’, Najib semalam melakukan tinjauan mengejut di Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri keadaan infrastruktur sukan yang terdapat di situ.

Sepanjang lawatan tersebut, Najib melahirkan rasa puas hati terhadap segala kemudahan dan naik taraf yang disediakan di stadium itu.

“Singgah Stadium Nasional Bukit Jalil tadi (semalam), tinjau persiapan untuk jadi tuan rumah #SukanSea2017 nanti.

“Stadium, padang memang tip top!,” demikian menurut Najib di akaun Twitternya, pada Rabu.

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan turut memuat naik tiga keping gambar memaparkan beliau berada di sekitar stadium termasuk di atas padang dan bahagian penonton, yang mana boleh dilihat perubahan terhadap stadium itu begitu cantik dan menarik.

Sepertimana pekerja-pekerja lain, apabila seorang majikan berpuas hati dan memberikan pujian terhadap hasil kerja, ia sudah pasti memberikan kelegaan buat individu terbabit.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran KL2017 dalam segala aspek, Khairy Jamaluddin juga tidak boleh lari daripada perasaan ‘gementar’, ditambah pula apabila mengetahui bahawa ‘boss’ sendiri turun padang untuk memantau persiapan akhir menjelang temasya itu.

Khairy dalam kemaskini di laman Twitternya berkata: “The boss @NajibRazak spot checking on preparations for @KL2017. For more info, PM tepi.”

Media sebelum ini melaporkan Khairy sebagai berkata, kontinjen negara sudah menguji semua gelanggan temasya KL2017.

Sementara gelanggang kedua terbesar, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) sudah 98 peratus siap dan bersedia untuk dirasmikan pada 8 Ogos ini.

Untuk temasya kali ini, Malaysia memilih tema 'Bangkit Bersama' dengan menggunakan maskot yang diberi nama 'Rimau' sebagai simbolik kepada kekuatan spesies harimau tempatan, Harimau Malaya.

Mengikut rekod, Malaysia pernah jadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Tahun ini menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah buat kali keenam.

Sementara dari segi pencapaian, Sukan SEA 2001 merupakan catatan paling cemerlang buat kontinjen negara kerana bukan sahaja menjadi tuan rumah tetapi berjaya meraih 111 pingat emas.

Semoga para atlet negara bakal mengulangi kejayaan bersejarah itu pada temasya KL2017!-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulHC84

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.